? ??????????????Punk Skulls? ????? ?? ???Rating: 4.8 (113 Ratings)??4554 Grabs Today. 31684 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.2 (29 Ratings)??4187 Grabs Today. 24946 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

AKTIVITI

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011




Persatuan Belia Setia Sepinang telah memenangi kategeri ANUGERAH KHAS KEMASYARAKATAN 2011.Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di dewan Tunku Ismail Kluang Johor pada 14 Mei 2011.Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor.Dengan kemenangan ini ,PBSS menerima wang sebanyak Rm 7000.



Penilainan Anugerah Belia Negara kategari Persatuan 
Persatuan Belia Setia Sepinang 21 March 2011

Menunggu ketibaan Panel Penilai
Para Penilai diarak dengan alunan kompang
Acara kompang mengiringi Para Penilai
Lagu Rasmi Persatuan di nyanyikan
Panel Penilai
Tetamu VIP
Ahli majlis tertinggi PBSS
Panel Penilai

Bersama Panel Penilai dan VIP
Kenangan bersama Pengerusi Majlis belia Daerah Segamat
Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Belia Setia Sepinang 2010-2011


Sukaneka PBSS 27 Februari 2011



Cari duit dalam tepung

Makan telur rebus
Nyalakan lilin
Motor lambat

Main bola berkain pelekat


Rebut gula-gula


TREASURE HUNT PBSS 2010
Pengerusi PBSS saudara Khairul Faizi memberi penerangan sebelum acara bermula 


peserta treasure hunt
peserta treasure hunt
Peserta treasure hunt

 para peserta
 Johan Dart saudara Noraizan
 Johan caroom saudara Raslan
 johan treasure hunt saudara Zul Audrey
 ketiga treasure hunt saudara Bayem
Johan pertandingan Dam Aji saudara Hairul Amri

Persatuan belia Setia sepinang telah menganjurkan aktiviti treasure hunt pada 12/12/2010 yang lepas.Seramai 46 orang telah mengambil bahagian.Setiap satu kumpulan diwakili 2 orang.Treasure hunt kali ini bermula dari Jalan Jalak dan berakhir di Balai raya Kampung Sepinang.Selain daripada treasure hunt persatuan juga menganjurkan pertandingan indoor game seperti Dart,Caroom,Dam Aji bagi lelaki,congkak dan ceper bagi perempuan. Sekalung tahniah buat PBSS



KUNJUNGAN MARHABAN LELAKI KG SEPINANG
AIDIL FITRI 2010




KUNJUNGAN MARHABAN LELAKI KAMPUNG SEPINANG TELAH BERJALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL  SELEPAS WAKTU ISYAK. .KUNJUNGAN MARHABAN INI AKAN MENGERATKAN LAGI UKHWAH SEMUA PENDUDUK KAMPUNG SEPINANG.KERJASAMA YANG DIBERIKAN AMAT MENGGALAKKAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KAPADA SEMUA YANG TERLIBAT




MESYUARAT KETUA-KETUA KAMPUNG JPMM BULUH KASAP

Mesyuarat telah diadakan  pada 6 Julai 2010, jam 3.00 petang, bertempat di Balai Raya Kampung Sepinang.
Pegawai Penyelaras Komuniti Bistari Mukim Buloh Kasap dari Penerangan Segamat iaitu Pn.Noor Faeizah Bt Ahmad turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Hasil perbincangan tersebut akan dihebahkan kepada penduduk oleh Ketua kampung masing-masing.


LAWATAN KE PORT DICKSON

Cara-cara membuat Crystal
Di muzium Tentera Darat Port Dickson
Dihadapan pintu masuk Rembau Crystal
 Pada 27 June 2010 Persatuan Belia Setia Sepinang telah mengadalan lawatan ke Rembau Crystal dan Muzium Tentera Darat Di Port Dickson.Seramai 44 orang telah menyertai lawatan ini.Lawatan ini melibatkan AJK PBSS bersama ahli keluarga.

AKTIVITI DI DATARAN SEGAMAT SEMPENA KEMBARA TENGKU MAHKOTA SULTAN JOHOR

Pada tarikh yang sama juga, wakil dari sepinang dengan kerjasama kolej komuniti segamat telah ke Dataran Segamat  untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kolej iaitu kursus mempelajari bunga reben dan sulaman manik gelang. Pada masa tersebut juga, Kelas PKK Kg.Sepinang  telah menghantar wakil untuk pertandingan masakan. Pn. Rodhiah Aziz telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan masakan kuih bepang.
Kuih bepang  tempat ketiga

 Kuih Bepang saguhati




MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MEMBINA BLOG ANJURAN JPMM DUN BULUH KASAP DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 BATU ANAM 22 JUNE  2010
PEMENAG UTAMA MARYATI  MOHD SALI @ SALLEH DAN NORAZIAH ABDULLAH

BERSAMA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SGMT 2 DAN DATUK OTHMAN BIN JAIS

BERSAMA PEMENANG KEDUA DAN KETIGA

TAHNIAH.....

TAHNIAH

Pertandingan membuat blog ini telah berlangsung dari 1 April 2010 hingga 15 Mei 2010.Seramai 17 pasukan telah menyertai pertandingan yang julung kali diadakan ini.Pertandingan ini adalah anjuran bersama JPMM Dun Buluh Kasap dan Kolej Komuniti Segamat 2 Batu Anam.Pertandingan ini adalah satu usaha untuk menggalakkan lebih ramai komuniti setempat meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT melalui pendidikan sepanjang hayat.Dalam pertandingan ini ,Kampung Sepinang telah menpertaruhkan kretiviti  Maryati Mohd Sali @ Salleh dan Noraziah Abdullah sebagai wakil bagi Kampung Sepinang.Alhamdulillah pada tanggal 22 JUNE 2010 ,kami telah dipilih sebagai Johan Pertandingan Membuat Blog 2010.

SEPINANG BOLEH....
KITA JUARA........



MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA SETIA SEPINANG SEGAMAT 11 JUNE 2010

Ahli-ahli Persatuan Belia Setia Sepinang,selepas tamatnya persidangan mesyuarat

Pengerusi PBSS menyampaikan cenderahati kepada wakil perasmi Cik Shammiah Daud

Mesyuarat Agung Persatuan Belia Setia Sepinang telah diadakan pada 11 June 2010 yang lalu .Mesyuarat Agung Kali Ke 41 ini telah dirasmikan oleh Cik Shammiah Bte Daud,wakil daripada Pejabat Belia Dan Sukan Segamat.Pada Mesyuarat ini, buat tahun yang kedua kalinya, Saudara Khairul Faizi Ariffin telah dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui Persatuan Belia Setia Sepinang.Semoga Persatuan Belia Setia Sepinang akan lebih maju dan terus maju .....insyaallah


"MESYUARAT JKKK SEPINANG 14 MEI 2010"
SEMASA MESYUARAT DIJALANKAN.

Mesyuarat telah diadakan di Balairaya Kampung Sa jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. JKKK Sepinang kerap mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kemajuan dan pembangunan kampung.

"CERAMAH KESEDARAN TENTANG BAHAYA DADAH "


GAMBAR AJK PERSATUAN BELIA SETIA SEPINANG BERSAMA PEGAWAI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN(AADK) CAW. SEGAMAT.(8 MEI 2010).


Ceramah mengenai bahaya dadah telah disampaikan oleh Pegawai AADK di Balairaya Kampung Sepinang pada jam 2.30 petang, 8 Mei 2010 hari Jumaat.Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Kampung Sepinang.Banyak manfaat telah diperolehi melalui ceramah yang disampaikan.

"KEJOHANAN SUKAN PRA SEKOLAH DAERAH SEGAMAT "


 KEJOHANAN SUKAN PRASEKOLAH DAERAH SEGAMAT DI SJKT LABIS (8 MEI 2010)

Pra Sekolah Sri Manja Sekolah Kebangsaan Sepinang telah menghantar 10 orang wakil ke Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Tamil untuk pertandingan pelbagai jenis sukan, antaranya bola lisut, lumba lari, lumba lari batten dan lompat tinggi.Wakil yang dihantar tidak pulang dengan tangan kosong tetapi telah membawa pulang kemenangan iaitu Juara Lumba lari batten, dan tempat ketiga dalam lumba lari. Tahniah diucapkan untuk kejayaan tersebut.


"MAJLIS PENYAMPAIAN CEK OLEH DATUK DR.S SUBRAMANIAM"

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK DARI DATUK DR. S. SUBRAMANIAM KEPADA KETUA KAMPUNG SEPINANG.
(6 MEI 2010).



Majlis penyampaian cek untuk penambahbaikan Masjid Kampung Sepinang telah diadakan di Balairaya Kg.Sepinang pada jam 8.30 malam.Terima kasih diucapkan atas keprihatinan pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Sepinang.

 


SEMASA KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN 
(4 - 5 MEI 2010)


Kelas Pendidikan dan Kesejahteraan Kampung Sepinang telah menghantar dua orang wakil untuk mengikuti kursus Peningkatan Profesionalisme pembantu penyediaan makanan(Commis). Ia telah diadakan di Pusat Masakan KEMAS Batu Anam.Selain diberi tunjuk ajar mengenai kaedah penyediaan makanan yang betul, peserta juga diajar pelbagai resepi masakan

"HARI TERBUKA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT"
GAMBAR WAKIL SEPINANG BERSAMA PENYELARAS DAN TENAGA PENGAJAR UNTUK KURSUS JANGKA PENDEK

Hari Terbuka Kolej Komuniti telah diadakan pada 21 April 2010(Rabu) di Kolej Komuniti Segamat 2. Penyampaian sijil turut diadakan untuk peserta-peserta yang telah mengikuti kursus jangka pendek.Wakil peserta dari Sepinang yang terdiri  dari kaum wanita telah mengikuti kursus jahitan di kolej tersebut dengan jayanya.Kursus jahitan ini telah dibimbing oleh Cikgu Kina selaku tenaga pengajar sambilan di Kolej ini.Kelas Jahitan akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pada jam 9.00pagi hingga 12 tengahari. Pengangkutan turut disediakan oleh pihak Kolej. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti dan Cikgu Kina yang banyak membimbing dalam bidang jahitan..


AKTIVITI TERDAHULU DI KAMPUNG SEPINANG 

"UKIRAN BUAH TEMBIKAI, ANJURAN PBSS"


PERTANDINGAN UKIRAN BUAH TEMBIKAI, BERTEMPAT DI BILIK KEMAS KG.SEPINANG


"PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE, ANJURAN PBSS"

ACARA JIGSAW PUZZLE,ANJURAN PBSS BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN DESA KG.SEPINANG
 



"SUKANEKA ANJURAN PBSS "
ACARA CARI DUIT DALAM TEPUNG 
  ACARA BERJALAN ATAS TEMPURUNG KELAPA


"LAWATAN MAJLIS BELIA DAERAH SEGAMAT KE SARAWAK"

DIRAIKAN DI MASJID NEGERI SARAWAK
 BERSAMA KAKITANGAN MASJID NEGERI SARAWAK



Kelihatan Pengerusi PBSS Saudara Khairul Faizi,Naib Pengerusi PBSS Saudara Azmi Mohd Sah,Setiausaha PBSS Maryati Mohd Sali @ Salleh dan Saudara Zaini Setiausaha Majlis Belia Daerah Segamat

"ACARA TREASURE HUNT PBSS"

PARA PESERTA TREASURE HUNT
PESERTA BERSAMA HADIAH YANG DIPEROLEHI 

"BENGKEL PROFIL KAMPUNG "



Bengkel profil Kampung telah diadakan di Balairaya Kampung Sepinang pada 16 April 2010 bersamaan hari Jumaat pada jam 3.00 Petang. Majlis telah dimulakan oleh En. Mohd Raslan Bin Md Shah selaku Pengerusi Majlis. Taklimat telah diberikan oleh Puan Raihan Selaku Penyelaras KEMAS. Majlis turut dihadiri oleh tetamu khas iaitu Puan Puspa Hairani bte Hj Suandi, selaku penyelia kanan Kemas Parlimen Segamat. Di samping itu, Wakil dari Kampung Gelang Chin chin juga turut sama mendengar taklimat tersebut.



"MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1431 HIJRAH" 

PENDUDUK KG.SEPINANG MENDENGAR CERAMAH DI DALAM MASJID

PERARAKAN DAN BACAAN AL-QURAN SEMPENA MAULIDUR RASUL DI KG SEPINANG
Majlis Sambutan Maulid Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan di Masjid Jamek As-Sallehin Kampung Sepinang, pada 17 April 2010(2 Jamadil Awal 1431H). Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 1.45 Tengahari. Pengisian pada majlis tersebut ialah, berarak sambil berselawat, Bacaan Al Quran dengan terjemahan, dan ceramah Agama oleh As-Sheikh Hj Abd Mutalib Bin Abd Rahim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat.


 "KURSUS KEPIMPINAN DESA"

 
GAMBAR: WAKIL JKKK DAERAH SEGAMAT BERSAMA PENYELARAS DAN PENCERAMAH KURSUS

Kursus Kepimpinan desa telah diadakan di Hotel Sepang, pada 17 November 2009 hingga 20 November 2009.Kursus ini adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar .Pengisian yang cukup bermakna dapat memantapkan lagi kepimpinan di Kampung Sepinang


BENGKEL ICT DI KMPUNG SEPI


Bengkel pertama telah diadakan pada 23 Disember 2008. Ia diadakan untuk 2 sesi, iaitu sesi pagi disasarkan untuk belia dan sesi petang disasarkan untuk dewasa.Manakala bengkel kedua telah diadakan pada 26 Disember 2008. Ia diadakan untuk 5 sesi iaitu pagi 2 sesi, petang 2 sesi dan malam 1 sesi.
Untuk bengkel pertama diketuai oleh En. Fauzi selaku Pengerusi PPIK Johor,dibantu oleh Cik Sabrina dari ppik gemereh dan Cik Salha dari ppik pemanis. Bengkel kedua diketuai oleh Pn. Danila selaku Naib Pengerusi PPIK Johor,dibantu oleh Cik Sabrina dan Cik Zura dari ppik Ledang.Kedua-dua bengkel ini diadakan secara percuma di balai raya kg. sepinang. Dengan kerjasama Ketua Kampung dan semua AJK PPIK Kg Sepinang, kedua-dua bengkel ini berjaya diadakan. 


 KEMAS SEPINANG MENJADI TUAN RUMAH

  Pada 19 Disember 2008, KEMAS Sepinang telah terpilih menjadi 'Tuan Rumah' untuk pertandingan masakan dan Jahitan bagi Semua KEMAS di Daerah Segamat.Majlis bermula pada jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Balairaya Kg.Sepinang menjadi tempat pertandingan tersebut. Sementara bilik kemas dijadikan bilik jamuan untuk para tetamu. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Othman Jais selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap. Di kesempatan ini, PPIK Sepinang mengambil kesempatan memohon peruntukan daripada Yang Berhormat untuk PPIK. Peruntukan yang dipohon telah diluluskan pada Ogos 2009. Hasil Perbincangan peruntukan tersebut  telah digunakan untuk membuat pembelian 2 Unit Komputer memandangkan pengguna PPIK semakin bertambah.Terima kasih kepada YB Datuk Othman Jais.