? ??????????????Punk Skulls? ????? ?? ???Rating: 4.8 (113 Ratings)??4554 Grabs Today. 31684 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.2 (29 Ratings)??4187 Grabs Today. 24946 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

PRASARANA


Kemudahan asas:
Secara keseluruhan Kampung Sepinang telah menerima kemudahan asas seperti Sekolah, Balai Raya, Masjid, Bangunan Tabika,, Jalan Tar, Jalan Tanah Merah, Bekalan elektrik dan Bekalan Air serta lain-lain termasuk surau d kampung pauh, Perpustakaan Desa, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti serta lain-lain kemudahan.

 

KEMUDAHAN ASAS DI KAMPUNG SEPINANG


















Masjid Kampung Sepinang telah didirikan pada tahun 1970 an.Tanahnya telah diwakafkan oleh bekas ketua Kampung Sepinang iaitu Arwahyarham Tuan Haji Said Bin Hashim.






Surau Kampung Pauh Sepinang.



































Balairaya Kampung Sepinang telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor iaitu Datuk Haji Abd Ghani Bin Othman pada 21 April 1993.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN DI KAMPUNG SEPINANG

 


PRA SEKOLAH SERI MANJA S.K.SEPINANG
AKTIVITI PRA SEKOLAH SERI MANJA DI PD SEPINANG
 

 AKTIVITI MURID PRA SEKOLAH SERI MANJA S.K. SEPINANG DI PERPUSTAKAAN DESA SEPINANG

Pra Sekolah S.K. Sepinang telah dibuka pada tahun 2004. Muridnya terdiri daripada anak-anak penduduk Sepinang dan sekitarnya .Hanya terdapat 25 orang murid sahaja untuk satu kelas.Terdapat seorang guru dan seorang pembantu untuk mengendalikan Pra Sekolah S.K. Sepinang ini.


SEKOLAH KEBANGSAAN SEPINANG
Kampung Sepinang tidak ketinggalan dari segi kemudahan pendidikan sekolah rendah. S.K Sepinang telah dibuka pada tahun 1940 an.Pada mulanya sekolah ini diperbuat daripada batang pinang sahaja,tetapi kini S.K.Sepinang telah mempunyai bangunan yang tersergam indah dan segala kemudahan terdapat di sekolah ini.
Di S.K. Sepinang terdapat 13 orang guru serta 6 kakitangan lain.S.K Sepinang adalah diantara sekolah rendah terbaik di dalam daerah segamat.















SEKOLAH AGAMA SEPINANG.
Kampung Sepinang juga disediakan kemudahan Sekolah Agama. Ia terbahagi kepada dua sesi, iaitu tahap 1 bermula dari 2.00 petang hingga 3.30 petang dan tahap 2 bermula dari 3.30 petang hingga 6.30 petang .Sekolah Agama Kampung Sepinang mempunyai empat orang guru dan seorang guru besar.Kesemua guru yang terdapat di sekolah ini adalah guru perempuan.
 

PERPUSTAKAAN DESA PNM KAMPUNG SEPINANG SEGAMAT

Perpustakaan Desa PNM Kampung Sepinang telah dibuka kepada orang ramai pada bulan March 2006.Di Perpustakaan Desa ini terdapat pelbagai buku untuk santapan para pengunjung. Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar dan merapatkan jurang digital antara desa dan bandar.








WAKTU PERKHIDMATAN

Selasa - Sabtu
8:30 pagi -5:30 petang
1:00 tgh - 2 :00 petang
(rehat)
Ahad ,Isnin dan Cuti umum
(tutup)





Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:


    • menyediakan perkhidmatan peminjaman buku 
    • perkhidmatan rujukan 
    • perkhidmatan komputer(internat,scanner dan mesin pencetak)

    • menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
    • mengadakan pusat pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia
    • kesedaran semasa

    • mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa


Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Maryati Mohd Sali @ Salleh
Pembantu Perpustakaan
Kampung Sepinang
Tel Library:07-9315977
 

GAMBAR DIDALAM PERPUSTAKAAN DESA PNM KG SEPINANG

SUDUT DEWASA SUDUT MULTIMEDIA




SUDUT KANAK-KANAK